FAQs

FAQs

1 - Bayaran Pendaftaran - Sekali Bayar (Untuk pemohon pertama kali sahaja)

Jawapan - Bayaran pendaftaran adalah bayaran bagi sekali bayar sebanyak RM 500.00, dikenakan untuk pemohon pertama kali sahaja, bagi mendaftar pemohon di bawah Skim Pensijilan Produk IKRAM QA.

Registration fee - One off (Applicable to 1st time aplicant only)

Answer - Registration fee is one-off fee of RM 500.00, applicable to 1st time aplicant only, will be charged to applicant, for registering the applicant inside IKRAM QA Product Certification Scheme.

2 - Bayaran Permohonan Baru?

Jawapan - Bayaran permohonan adalah bayaran untuk memproses permohonan pemohon berjumlah RM 500 bagi setiap sijil dipohon.

New Application fee

Answer - Application fee is a fee to process the application of an applicant in a sum of RM 500 per certificate applied.


3 - Apakah itu Pensijilan Produk

Jawapan - Pensijilan Produk adalah di mana pihak ketiga (Badan Pensijilan) memberikan sijil, sebagai jaminan bertulis bahawa produk, proses atau perkhidmatan adalah mematuhi sesuatu Standard Produk.

What is Product Certification?

Answer - Product Certification is where a third party (Certification Body) grant a certificate, as a written assurance that a product, process or service conforms to specified Product Standard.

4 - Apakah itu Skim Pensijilan Type 5?

Jawapan - Skim Pensijilan Type 5 adalah skim untuk Produk yang mempunyai Standard Produk diiktiraf yang digunakan untuk mengesahkan sesuatu produk.

Type 5 certification scheme

Answer - Type 5 Certification Scheme is scheme for Product that already have established/recognised Product Standard which will be used to certify the product.

5 - Bagaimanakah cara untuk memohon "Sijil Pengesahan Produk" IKRAM QA?

Jawapan - Permohonan boleh dibuat dengan cara menghantar borang Permohonan "Sijil Pengesahan Produk" IKRAM QA (Borang IQAS-F-83) bersama bayaran pendaftaran (bagi syarikat pertama kali memohon) serta bayaran permohonan ke pejabat IKRAM QA. Borang Permohonan boleh didapati di sini atau di pejabat IKRAM QA.

How to apply IKRAM QA "Product Certificate Of Conformity"?

Answer - Applications can be made by submitting the IKRAM QA "Product Certificate of Conformity" form (Form IQAS-F-83) together with the registration fee (Applicable to first time applicant only) and application fee to IKRAM QA office. Application forms can be downloaded here or obtained at IKRAM QA office.

6 - Bagaimana untuk mendapatkan maklumat mengenai anggaran kos yang perlu ditanggung untuk mendaftar di bawah Skim Pensijilan Produk IKRAM QA?

Jawapan - Maklumat mengenai anggaran kos yang perlu ditanggung untuk mendaftar di bawah Skim Pensijilan Produk IKRAM QA boleh diperolehi dengan meminta sebut harga secara rasmi melalui talian telefon, e-mel rasmi atau hadir ke pejabat IKRAM QA.

How to get information on estimated cost incurred by enrolling under IKRAM QA Product Certification Scheme?

Answer - Information on estimated cost incurred by enrolling under IKRAM QA Product Certification Scheme can be obtained by requesting official quotation through a line, official e-mail or self-walk-in to IKRAM QA office.

7 - Apakah kos yang terlibat dalam mendapatkan Sijil Pengesahan Produk IKRAM QA?

Jawapan - 1) Bayaran Pendaftaran -Sekali Bayar (Untuk pemohon pertama kali sahaja)

2) Bayaran Permohonan

3) Bayaran Penilaian

4) Bayaran Ujian

5) Bayaran Sijil

What is the cost involved in obtaining IKRAM QA Product Certificate?

Answer - 1) Registration Fee -One off (Applicable to 1st time aplicant only)

2) Application Fee

3) Evalution Fee

4) Testing Fee

5) Certificate Fee

8 - Jika sesuatu produk tidak mempunyai Standard Produk, adakah ia boleh dipersijilkan?

Jawapan - Tidak, produk yang ingin dipersijilkan harus mempunyai Standard Pematuhan.

If a product does not belongs to any Product Standard, can it be certified?

Answer - No, a product must belongs to a Product Standard to be certified.

9 - Apakah itu Standard Produk?

Jawapan - Memetik dari ISO (International Organization for Standardization) dan diterjemahkan ke Bahasa Malaysia, "Standard adalah dokumen yang menerangkan keperluan, spesifikasi, garis panduan atau ciri-ciri yang boleh digunakan secara konsisten bagi memastikan bahan-bahan, produk, proses dan juga perkhidmatan sesuai bagi sesuatu tujuan."*. Berdasarkan definisi ini, Standard Produk boleh ditakrifkan sebagai Standard bagi sesuatu Produk.

* Sumber informasi - http://www.iso.org

What is Product Standard?

Answer - Quoting from ISO (International Organization for Standardization) "A standard is a document that provides requirements, specifications, guidelines or characteristics that can be used consistently to ensure that materials, products, processes and services are fit for their purpose."*. Based on this definition, a Product Standard can be defined as a Standard of a Product.

* Information Source - http://www.iso.org

10 - Apakah prosedur bagi proses pensijilan yang akan dijalankan?

Jawapan - Sila rujuk IKRAM QA Guide 1, Annex C- Table 1

What is the procedure for the certification process to be carried out?

Answer - Sila rujuk IKRAM QA Guide 1, Annex C- Table 1

11 - (Bagi Permohonan Baru Sahaja) Bagaimana untuk mengetahui sesuatu permohonan mendapatkan "Sijil Pengesahan Produk" IKRAM QA telah didaftarkan dan diproses?

Jawapan - Sesuatu permohonan untuk mendapatkan "Sijil Pengesahan Produk" IKRAM QA telah didaftarkan dan diproses apabila pemohon menerima Surat Pra-Pensijilan melalui perkhidmatan kurier.

(Applicable to new application only) How do we know an application to obtain IKRAM QA Product Certification has been registered and processed?

Answer - An application to obtain IKRAM QA Product Certification has been registered and processed once the applicant received the Pre-Certification Letter posted via courier services.

12 - Apakah itu Surat Pra-Pensijilan?

Jawapan - Surat Pra-Pensijilan adalah surat pengesahan penerimaan permohonan yang telah didaftarkan ke dalam skim pensijilan IKRAM QA.

What is Pre-Certification letter?

Answer - Pre-Certification Letter is a confirmation letter to conform that an application has been registered under IKRAM QA Certification Scheme.

13 - Berapa lamakah tempoh yang diambil oleh IKRAM QA untuk mengeluarkan Surat Pra-Pensijilan setelah borang IKRAM QA "Sijil Pengesahan Produk" (Borang IQAS-F-83) lengkap diisi dan pembayaran yang berkaitan telah dibuat oleh pemohon?

Jawapan - Tempoh yang diambil oleh IKRAM QA untuk mengeluarkan Surat Pra-Pensijilan adalah selama 14 hari waktu bekerja.

How long will it take for IKRAM QA to issue the Pre-Certification letter after a complete IKRAM QA "Product Certificate of Conformity" form (Form IQAS-F-83)and related payment has been made by the applicant?

Answer - Time consumed by IKRAM QA to issue the Pre-Certification letter is 14 working days.

14 - Apakah kriteria pensijilan IKRAM QA?

Jawapan - Sila rujuk IKRAM QA Guide 1, klausa 3.5

What is IKRAM QA criteria?

Answer - Please refer IKRAM QA Guide 1, Clause 3.5

15 - Berapa lamakah tempoh sah sesuatu sijil?

Jawapan - Sijil IKRAM QA adalah sah untuk tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelulusan. Ia boleh diperbaharui pada setiap tahun tertakluk kepada terma dan syarat.

How long is the validity of a certificate?

Answer - IKRAM QA Certificate is valid for one (1) year from the date of approval. It is renewable on yearly basis subject to terms and conditions.

16 - Berapa lamakah masa yang diambil bagi sesuatu permohonan untuk mendapatkan "Sijil Pengesahan Produk" IKRAM QA?

Jawapan - Selepas IKRAM QA menerima dan mendaftarkan borang permohonan baru yang lengkap, proses sehingga sijil perakuan dianugerahkan kepada pemohon akan mengambil masa 1 bulan . Walau bagaimanapun, ini hanyalah benar bagi aliran proses yang ideal di antara pemohon yang memohon, pengilang yang akan diaudit dan produk untuk diuji.

Tempoh yang diperlukan bermula daripada permohonan baru yang diterima dan didaftarkan sehingga penganugerahan sijil pada asasnya bergantung kepada :

1)Kesediaan pemohon dalam mematuhi Elemen Pensijilan IKRAM QA

2)Kepatuhan sesuatu produk kepada Standard Produk

3)Kepatuhan produk kepada Elemen Pensijilan IKRAM QA

4)Kesediaan kilang dalam mematuhi Elemen Pensijilan IKRAM QA

5)Kesediaan Pemohon dan/atau pengilang dalam mematuhi Elemen Pensijilan IKRAM QA

6)Tahap kesesuaian sistem kualiti yang dilaksanakan di sektor perkilangan

7)Masa yang diperlukan untuk menjalankan ujian. Tempoh ujian adalah berubah-ubah bergantung pada produk yang diuji. Sebagai contoh, Inlet Valve, bagi mematuhi MS 795-2:2011, produk ini perlu menjalani ujian Chemical Endurance yang akan mengambil masa kira-kira 3 bulan

8)Komitmen pemohon dalam mengekalkan dan terus mematuhi Elemen Pensijilan IKRAM QA

How long does it take for an application to obtain IKRAM QA "Product Certificate Of Conformity"?

Answer - A- After IKRAM QA received and registered a complete form for new application, the process, until a certificate granted to the applicant would take 1 month time. However, this is only true for ideal process flow between applicant who applied, manufacturer which to be audited and product to be tested.

The timeframe starting from new application received and registered until granting a certificate basically depending on:

1)Readiness of an applicant in complying IKRAM QA Certification Elements

2)Product compliance to Product Standard

3)Product compliance to IKRAM QA Certification Elements

4)Readiness of a factory in complying IKRAM QA Certification Elements

5)Applicant and/or manufacturer's readiness in complying with the IKRAM QA Certification elements

6)Appropriateness of Quality system implemented at the manufacturing location

7)Time needed to complete a test. A test period is variable depending on the product tested. For instance, Inlet Valve in compliance with MS 795-2:2011, the product has to undergo Chemical Endurance test which will take approximately 3 months testing period.

8)The applicant's commitment in maintaining and continuously complying with the IKRAM QA Certification elements.

17 - Apakah itu K-MARK?

Jawapan - K-MARK adalah Penandaan Pensijilan Produk yang digunakan secara langsung pada produk, untuk menunjukkan bahawa produk ini telah diperakui di bawah Skim Pensijilan Produk IKRAM QA.

What is K-MARK?

Answer - K-MARK is a Product Certification Mark, applied directly on the product, to indicate that the product has been certified under IKRAM QA Product Certification Scheme.

18 - Apakah itu Senarai Bahan/Barangan Binaan Tempatan dan bagaimana cara untuk membelinya?

Jawapan - Senarai Bahan/Barangan Binaan Tempatan adalah dokumen perolehan kerajaan yang dikeluarkan oleh IKRAM QA bagi menyenaraikan bahan/barangan binaan tempatan yang diiktiraf, serta mematuhi 1 Pekeliling Perbendaharaan Punca Kuasa, Prisip dan Dasar Perolehan Kerajaan (1PP) PK 1/2013 di bawah Klausa 6 oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Borang bagi pembelian naskah Senarai Bahan/Barangan Binaan Tempatan boleh didapati di sini atau di pejabat IKRAM QA.

What is the "Senarai Bahan/Barangan Binaan Tempatan" and how to purchase it?

Answer - "Senarai Bahan/Barangan Binaan Tempatan" is a government procurement document issued by IKRAM QA to list down certified local material/product in compliance to 1 Pekeliling Perbendaharaan Punca Kuasa, Prisip dan Dasar Perolehan Kerajaan (1PP) PK 1/2013 under item 6 by Ministry of Finance (MOF), Malaysia. Form to purchase the "Senarai Bahan/Barangan Binaan Tempatan" can be downloaded here or by self-walk-in to IKRAM QA.

19 - Apakah itu Directory Of Imported Product dan bagaimana cara untuk membelinya?

Jawapan - "Directory Of Imported Product" adalah direktori yang dikeluarkan oleh IKRAM QA untuk menyenaraikan bahan/barangan luar negara yang diiktiraf oleh IKRAM QA untuk diimport ke Malaysia. Borang bagi pembelian naskah "Directory Of Imported Product" boleh didapati di sini atau di pejabat IKRAM QA.

What is Directory Of Imported Product and how to purchase it?

Answer - Directory Of Imported Product is a directory issued by IKRAM QA to list down certified foreign material/product to be imported to Malaysia. Form to purchase the Directory Of Imported Product can be downloaded here or by self-walk-in to IKRAM QA.